Did Mama Sox Out-shine Lee?

Persembahan konsert akhir untuk American Idol musim ke-9 ini sedikit mengecewakan. Mungkin juga kerana Adam Lambert & Kris Allen telah meletakan satu standard persembahan yang begitu tinggi pada tahun lepas, persembahan kedua-dua finalis tahun ini Crystal & Lee sedikit Hambar. Namun, bakat dan kelainan yang ada pada kedua-dua peserta ini bukanlah satu pertikaian dan sejak dari mula mereka sememangnya layak untuk bertarung di pentas akhir ini.

Tapi mungkinkah nyanyian & persembahan Crystal @ Mama Sox ini sedikit menyerlah berbanding juara pilihan Lee Dewyze? Semuanya bergantung kepada undian rakyat Amerika itu sendiri.

Menyanyikan 3 buah lagu setiap seorang. Lagu pertama pilihan peserta, kedua pilihan penerbit dan lagu terakhir adalah single pertama yang akan dikeluarkan jika mereka bergelar Idola Amerika yang terbaru.


1. Me and Bobby McGhee
2. Black Velvet
3. Up to The Mountain


1. The Boxer
2. Everybody Hurts
3. Beautiful Day

Mengambil kira komen terakhir daripada Juri Simon Cowell yang juga merupakan tahun terakhir beliau bersama rancangan ini. "Outstanding" kepada peserta Bowersox, mungkinkah 2010 menyaksikan satu lagi juara wanita mengikuti jejak Kelly Clarkson, Fantasia Barrino, Carrie Underwood & Jordin Sparks akan dinobatkan sebagai idola dan juara American Idol pada musim ini.

Kita Saksi & nantikan keputusannya esok!


P/S tidak kisah siapa yang menang & Persembahan Will Young - Fall Any Deeper, menyentuh perasaan!

Comments

Popular Posts