mimpi dan nenek

Petang tadi emak telefon "nenek dah tak ada, semasa mak kejutkan pagi tadi, nenek dah kaku"

dan aku menangis. sesungguhnya tangisan adalah amat sukar bagiku. air mata ini tak kan jatuh walau begitu azab bentuk kesedihan itu. kali terakhir aku menangis pada malam raya yang lepas walaupun pada ketika itu ia bukanlah perkara yang mengundang 'kejatuhan' empayar air mata namun aku menangis lagi, kali ini.

sejak kecil lagi, aku hanya punya ibu. dan atuk. dan nenek. nenek lah tempat ku bermain ketika ibu tiada. nenek juga susah seperti ibu. namun nenek selalu saja ada jalan untuk membantu aku dan ibu. aku faham kepayahan nenek dan aku tahu betapa susah berdepan kehidupan sebagai nenek. banyak keperitan yang tak mampu aku ceritakan. cukuplah sekadar aku tahu nenek adalah insan yang paling tabah di dunia. tidak sesekali aku pernah melihat nenek marah.

kebelakangan ini, nenek selalu sakit. mak selalu berkata begitu ketika aku sempat berbual dengan ditelefon setiap petang. nenek sudah tua. dan nenek masih kuat bekerja. pantang ada ruang dan kesempatan. nenek pasti turun untuk memerah keringat.

dan petang ini, emak telefon. katanya nenek tak sakit lagi. nenek sudah tiada.

aku tersedar, ini hanyalah mimpi. mimpi diwaktu asar. tu la.., orang da kata. jangan tidur lepas asar. namun mimpi ini membuat jantungku berdegup kencang biarpun aku telah terjaga. seakan betul. sudah lama aku tak bermimpi begini.

lantas aku mencapai telefon, mengira dering "ala-ala bollywood" emak. cepat pula emak mengangkat telefon kali ini. "bagaimana nenek?"

"begitulah, kadang-kadang sakit" mak menjawab.

Comments

Popular Posts